Wednesday, September 4, 2013

Majlis Pelancaran Bulan PSS & Bulan Membaca dan Pelancaran Program 1Murid 1Buku



Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh  Tuan Hj Hussin Bin Sirun pada      08 Julai 2103( Isnin ) pada  jam 7.30 Pagi bertempat di Tapak Perhimpunan SMK Tun Mutahir yang lalu. 
Dengan matlamat menyedarkan pelajar kepentingan PSS sebagai gedung ilmu yang perlu dimanafaatkan sepanjang hayat.
Pengerusi PIBG, En Mansur Bin Kasim turut hadir sebagai tetamu ,  menyampaikan sumbangan buku PIBG dan tidak ketingggalan Pn Wan Noraini Bt Wan Hassan Pengurus  RHB  juga menyumbangkan buku-buku bacaan.
Gimik Pelancaran dengan Penyerahan Buku Sumbangan YDP PIBG, Penyerahan Buku Sumbangan RHB dan Penyerahan Replika Cek Sumbangan Texas Instrument .  Kini telah sebulan berlalu, namun program ini tetap berterusan dan mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada murid-murid. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang dan lebih banyak lagi buku-buku sumbangan yang dapat diperolehi.

                     
                      
                                                            Gimik pelancaran

                                          
                                  Penyampaian Sumbangan oleh YDP PIBG
 
                                            
                     Penyerahan Replika Cek Sumbangan Texas Instrument .
 

                                          
                                      Penyampaian Sumbangan Pihak RHB


GAMBAR EHSAN INI DI AMBIL DARIPADA:http://tunmutahir68.blogspot.com

Tuesday, September 3, 2013

PROGRAM WACANA MINDA 2013 ANJURAN PSS SMK TUN MUTAHIR

Pada 28 Ogos 2013( Rabu ) yang lalu, PSS telah menganjurkan Program Wacana Minda persediaan untuk peserta Tokoh NILAM yang bakal menyertai Pertandingan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Melaka.

Peserta Tokoh NILAM Peringkat Negeri Melaka

                            Bergambar kenangan bersama guru-guru dan peserta yang terlibat.
                                            Turut serta Tuan Pengetua SMKTun Mutahir